Menuntut Diri sendiri
“Dan apabila hamba hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka memperolehi kebenaran”…(Surah Al Baqarah Ayat 186)
Janganlah anda menuntut kepada Tuhan kerana tertangguhnya hasil permohonan anda, tetapi tuntutlah diri anda sendiri lantaran kurangnya adab anda, Dalam kebanyakan keadaan manusia menuntut haknya, tetapi lupa kepada kewajipan kewajipannya.
Ini boleh dikatakan titik persamaan yang dimiliki oleh kebanyakan manusia. Dan ini sebenarnya antara penyakit yang merbahaya yang menimpa mana mana bangsa, masyarakat dan individu. Pada asalnya manusia perlu memunasabahkan diri tentang kewajipan kewajipan yang perlu ia laksanakan kemudia barulah menuntut hak haknya. Islam mengajar kita agar tidak mengambil sikap longgar di dalam menuntut hak, sebagaimana ia juga mengajar kita agar bangkit melaksanakan kewajipan kewajipan yang difardukan oleh ALLAH swt ke atas diri kita. Islam juga menjelaskan kepada kita agar menunaikan kewajipan kewajipan dan mengambil sikap longgar dalam perkara yang menyentuh tentang hak hak peribadi. Berhubung hak hak umum, islam mengajar adab kepada orang islam dan tidak mengambil sikap longgar dalam menunaikan adab adab tersebut.
Antara perkara perkara yang paling merbahaya ialah apabila sesuatu bangsa atau individu tidak menunaikan kewajipan kewajipannya terhadap ALLAH swt, jiran tetangga, keluarga dan juga masyarakat, tetapi tidak segan menuntut hak daripada ALLAH swt melalui ucapan atau gerak gerinya. Sesetengah orang menentang ALLAH swt secara senyap senyap. Umpamanya ia menyatakan kepada ALLAH swt masih tidak memperkenankan tuntutannya dan kepada ALLAH swt tidak memakbulkan segala keinginan dan impiannya? Kadang kala muncul pada dirinya penentang zahir yang mencecah ke tahap kufur. Di sini kita mendapat amaran bahawa jangan terlalu menumpukan kepada lambat nya ALLAH memakbulkan segala tuntutan dan impian anda, tetapi fikirlah tentang adab anda. Adakah anda telah melaksanakan adab Ubudiyah kepada ALLAH swt atau tidak?
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan”…(Surah Yunus Ayat 12)
