Seorang sahabat
Saya nak bercerita sesuatu dengan kamu tentang satu cerita sorang sahabat, jarang sekali saya menulis dalam blog ni soal soal seperti ini, tapi pada hari ini saya harap ia sentiasa di ingati.. cerita bermula daripada soeorang lelaki yang berasal daripada daerah terpencil di sabah, budak lelaki itu melanjutkan pengajian nya di sebuah universiti diluar negerinya, dia berasa bersyukur dengan mendapat pangilan daripada universiti itu, budak ini hidupnya sederhana, datang juga daripada keluarga yang sederhana, dan sifatnya budak ini suka mendengar nasihat orang dan menasihati dirinya sendiri...
pengajiannya bermula pada tahun 2010 yang lepas, dia mula mengenali seberapa ramai kawan yang berada dalam universiti itu tanpa mengira usia dan bangsa..langkah hidupnya sentiasa di hiasi oleh Islah, satu persatu kelemahan diri dibongkarkan olehnya sendiri, budak lelaki itu sentiasa melaksanakan perintah ALLAH swt yang maha pencipta dan amat takut azab kelak, dia mungkin diketegorikan sebagai pemuda masjid..
setiap hari budak itu jalan ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah, kebiasaannya budak lelaki itu pada waktu petang, dia awal ke masjid untuk berbincang dengan sahabatnya yang suka berkongsi ilmu..mereka selalu bercerita tentang iman dan takwa..sahabatnya itu merupakan seorang staf dalam universiti itu...
sepanjang hari dia berjumpa sahabatnya itu, tetapi pada suatu hari budak lelaki itu mendapati sahabatnya telah meninggal dunia, dia sangat bersedih dan bersabar atas apa yag telah ditentukan ALLAH swt..sepanjang hari budak lelaki itu terkenangkan sahabatnya pada waktu petang, kerana waktu waktu itu mereka selalu berusrah dan berkongsi ilmu tentang kekuasaan ALLAH swt, Budak lelaki itu sentiasa sedih terkenangkan peristiwa mereka dahulu, dia dalam kesunyian pada waktu waktu itu..tetapi tidak menghalang dirinya untuk mengingati ALLAH swt, kenangannya bersama sahabat itu menjadi ingatan di setiap petang hari...Sahabatnya banyak mengajar tentang Islam dan Iman, semoga sahabatnya ditempatkan dalam kalangan orang orang yang bertakwa...
"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali"...(Surah Al Baqarah Ayat 156)
"Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya"....(Surah Al Baqarah Ayat 157)
