Jaga Diri dan Keluargamu
Assalamualaikum dan salam kasih kepada saudara ku, Alhamdulillah sesungguhnya segala nikmat islam dan iman dimiliki oleh orang orang yang beriman sangat tinggi nilainya dan sesungguhnya segala yang baik itu semestinya mempunyai ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak..

Izinkan saya yang hina lagi serba kekurangan ini, berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi, tetapi ianya dimulai dengan lafaz Bismillah Ar Rahman Ya Rahim…saya suka memulai hujahnya dengan mengambil sedikit potongan ayat dari Al Quran yang bermaksud:
“Wahai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”…(Surah At Tahrim Ayat 6)
Bila kita hayati ayat ini, ia dimulai dengan bentuk peringatan kepada Orang orang yang beriman!! Pada awal ayat ini juga menunjukkan bahawa ALLAH swt itu Maha penyayang lagi Maha pengasih kepada hambaNya, agar hambaNya tidak tergolong dalam golongan orang yang dilaknat dalam neraka jahanam yang bahan bakarnya adalah Manusia itu sendiri…
Tetapi manusia masa kini tidak mengambil peringatan penting ini, manusia tidak memilahara dirinya dan keluarganya daripada api neraka, sedangkan mereka mengetahui orang orang yang dimasukkan kedalam neraka itu adalah orang orang yang melakukan maksiat, derhaka dan seangkatan dengannya..umpamanya sekarang manusia yang berzina, manusia yang lalai dengan keseronokan dunia, manusia yang mengabaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, sesama makhluk, dan terhandap diri itu sendiri..ALLAH swt memberikan peluang kepada kita untuk bertaubat dengan sebenara benar taubat, begitulah keadilan ALLAH swt terhadap segala bentuk hukumanNya, ALLAH swt memberikan peluang kepada kita di dunia untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya, malangnya peluang itu tidak di manfaatkan oleh hambaNya walaupun ia berbentuk kecil, sedangkan peluang peluang itu ada di depan mata, adakah layak seorang hamba bersifat EGO kepada PenciptaNya sedangkan segala yang dimiliki itu berbentuk pinjaman semata mata..bertaubatlah bawalah diri anda dan keluarga untuk mencari keredhanNya…
“Wahai orang orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni murninya). Mudah mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”…(Surah At Tahrim Ayat 8)
Dapatkah anda membayangkan bahawa kenikmatan kenikmatan di syurga itu, segala bentuk kesalahan yang kamu miliki ditutup dan tidak diketahui malah kamu dimasukkan kedalam Jannah yang di bawahnya sungai sungai yang mengalir, sedangkan di dunia sahaja ini kamu menikmati sungai yang mengalir suda merasai ketenangan!! apa lagi nikmat di syurga yang sememangnya segala kenikmatan yang kekal abadi…
(Doa saya semoga anda menjaga diri dan keluarga daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia serta batu, sampaikan salam saya pada diri dan keluarga anda juga)….