gravatar

Kesudahan yang buruk..

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, Alhamdulillah kita dapat menikmati segala bentuk nikmat yang diberikan ALLAH swt, di sini hamba ALLAH ingin berkongsi sedikit ilmu yang dimulai dengan sepotong Hadis, semoga segalanya memberi manfaat pada diri dan sepupuku sekelian…

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia bertaubatlah kamu kepada ALLAH, kerana sesungguhnya saya sendiri bertaubat kepada ALLAH pada hari ini seratus kali” (HR Muslim)


Perjalanan di awal hidup sesorang itu tidak berterusan hingga sampai di akhir hidupnya. Di awal hidupnya menjadi manusia yang soleh tetapi bila berada di ambang tuanNya (ALLAH) dia menjadi manusia yang bergelumang dengan dosa dan noda.


Apakah ini yang dikatakan takdir?? Soal soal semacam ini kadang kala membuat ramai dalam kalangan umat islam salah sangka dan boleh mencacatkan imannya kepada ALLAH swt, jesteru itulah kita harus mencari jawapannya agar kita tidak tergolong dalam kalangan manusia yang demikian malah apa yang kita harapkan agar ALLAH swt sentiasa member kita petunjuk dan hidayahNya hingga ke akhir hayat InsyaALLAH..


Kerana itulah, kita perlu mengetahui sebab sebab berlakunya penyudah buruk (Al Khaatimah) iaitu:


Yang pertama adalah disebabkan tingkat hati yang tertekan, seperti ragu ragu, berangan angan panjang serta mengingkari ALLAH swt di kala hamper mati..


Yang kedua adalah disebabkan sesorang itu menyalahi ketentuan qadar atau bercakap secara mengingkarinya di kala sampainya ajal..


Yang ketiga sesorang itu suka pada maksiat sehinggakan segala bentuk kebaikan ditinggalkan dan apabila sampainya ajal mula lah ia mengingati segalah perintah TuhanNya yang Maha Suci..


Yang keempat adalah disebabkan hidupnya sentiasa dalam kepura puraan (munafik) apabila ajalnya sampai dia menyedari bahawa segala ibadah yang dia lakukan hanyalah di tunjuk dan mengharapkan pujian daripada orang tidak menjanjikan apa apa di akhirat kelak..ya ALLAH jauhkan aku dari itu…


Dan yang kelima adalah disebabkan berkeinginan membunuh diri


Semoga kita bertakwa dan melihat adakah iman kita kukuh dan sentiasa melaksanakan perintah ALLAH swt dengan ikhlas untuk mencapai keredhanNya..Maha suci ALLAH swt yang menciptakan hati dan jiwa kita..Assalamualaikum..