Peringatan ...
“Dan ALLAH jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap ALLAH) maka di situlah arah yang diredhai ALLAH; Sesungguhnya ALLAH Maha luas (rahmat Nya dan limpah kurnia Nya), lagi sentiasa mengetahui”…(Surah Al Baqarah Ayat 115)

Dalam ayat di atas ALLAH swt menegaskan bahawa Dialah zat yang memiliki dan mengatur kehidupan seorang hamba agar sentiasa mentaati dan menyembah kepada Nya . ALLAH swt juga menegaskan bahawa Dia sentiasa berada di setiap arah dan tempat manusia menghadap dan memohon kepadaNya.
Penegasan ini dilakukan sebagai tindak balas kenyataan bangsa yahudi kepada Rasulullah saw setelah berlaku perpindahan kiblat dan mereka mengatakan bahawa ia adalah satu perkara yang amat buruk dan tidak boleh dilakukan kerana arah ibadah yang baik adalah menghadap ke Baitulmaqadis . Namun bagi ALLAH swt tidak ada perbezaan dalam menentukan ke arah mana hendak menghadap Nya dalam beribadah, kerana semua arah adalah milik ALLAH swt.
ALLAH swt telah memberi satu perkhabaran kepada semua hamba Nya bahawa Dia adalah tuhan yang Maha luas Rahmat dan Kurnia Nya dan Dia mampu memberikannya kepada semua makhluk, sekaligus memberi peringatan bahwa ALLAH swt juga Maha mengetahui semua tingkah laku dan perbuatan semua makhluk Nya sama ada yang baik atau buruk.
Oleh itu, semua makhluk yang berada di bawah kekuasaan Nya tidak akan terlepas atas semua perbuatan yang dilakukan dan mereka juga perlu bertanggungjawab atas setiap perkara yang dilakukan semasa di dunia .
Ulama fiqh menentapkan bahawa apabila sesorang tidak dapat menentukan arah kiblat disebabkan malam gelap dan langit yang tertutup akibat kabus tebal atau mungkin terdapat sebab sebab lain, maka diharuskan untuk menghadap ke arah diyakininya sebagai arah kiblat, dan jika diketahuinya selepas solat bahwa arah tersebut salah, maka solat tersebut tetap sah .
Manakala Peranan masjid dalam membina sahsiah beriman sangat besar, para pendakwah hendaklah memberi perhatian lebih dalam hal ini untuk menghubungkan manusia dengan masjid dan mengaktifkan peranannya, sebagaimana yang berlaku di zaman Rasulullah saw
“Semua hal yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat bertitik tolak dari masjid”…
Sumber rujukan: Al Tabari, j.1, hlm.501.
Al Tabari, j.1, hlm.501
Al Tabari, j.1, hlm.506 & Al Qurtubi, j.2, hlm.80.
Al Qurtubi, j.2, hlm.80,83,84.