Baiknya belajar Al Quran
Usman ra menceritakan hadis berikut, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "orang yang paling baik di antara kalian ialah yang belajar Al Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain). (Riwayat Bukhari, Abu Daud, dan Turmudzi) orang yang belajar dan mengajarkan al quran dipandang sbg org yg terbaik, kerana dia menjadi khalifah ALLAH dan RasulNya. serta bermanfaat bagi hamba hambaNya. sedang makhluk yg paling disukai oleh ALLAH ialah makhluk yg paling bermanfaat bagi hamba hambaNya.
Siti Aisyah ra. menceritakan berikut, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Orang yang mahir dalam Al Quran akan bersama sama dengan para malaikat safarah yg mulia lagi taat. dan org yg membaca (Al Quran), sedangkan ia dengan susah payah melakukannya, maka bagi nya dua pahala.(Riwayat Arba'ah)
Al Bararah, bentuk jamak dari lafaz baarrun, ertinya yg taat. As safarah, bentuk jamak dri lafaz saafirun, spt lafaz katabah, bentuk jamak dari lafaz kaatibun; maka yg dimaksudkan ialah para malaikat yg bertugas mencatat Al Quran di alam malakut. Allah berfirman; "Di dalam kitab kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para penulis (utusan) yang mulia lagi berbakti..(Abasa Ayat 13-16)
orang yang hafal Al Quran, menguasai dan mengamalkan kandungannya, kedudukannyasedarjat dgn malaikat. bagi org yang membaca Al Quran dgn maksud untuk menghafalnya, dan ia lakukan dengan susah payah maka baginya dua kali pahala, iaitu pahala membacanya dan pahala susah payah dalam menghafalnya..."
Attaajul Jaami lil ushuul fii ahaadiitsir Rasuul (jil4 M/S 3-4)