gravatar

Pengukuhan Pengurusan (2)

Adakah anda menjangkakan dunia mampu mencapai kemajuan besar hari ini, jika tidak wujud pengukuhan pentadbiran dari sudut dan sistem pengurusan yang cekap dari sudut lain. sudah tentu dunia tidak mampu mencapai kemajuan besar hari ini, kalau tidak ada perancangan yang rapi dan pengurusan yang cekap.


orang yang mengenal islam tidak mungkin sama sekali terlintas di dalam hati sanubarinya, meninggalkan pentadbiran adalah merupakan asas di dalam islam atau satu bentuk kesempurnaan. Tidak mungkin terlintas di dalam hatinya meninggalkan pentadbiran itu adalah asas yang ditentukan oleh islam. Tanpa sistem dan penyusunan, tidak mungkin tegak urusan kehidupan dan tanpa tadbir yang teliti, tidak mungkin sesuatu dapat di tegakkan. selepas melakukan hijrah, Rasulullah saw sendiri mengatur urusan masjid dan mempersaudarakan para sahabat Ridwanullah Alaihim. dengan cara ini , baginda berjaya menyelasaikan masalah hijrah yang merupakan masalah yang paling rumit yang cuba diselesaikan oleh dunia hari ini.


Baginda saw juga mengadakan perjanjian antara orang orang musyrikin di satu pihak yang lain bagi mengatur urusan kehidupan, agar manusia dapat hidup dengan aman satu sama lain...
Penulisan akan disambung dalam Label yang sama dan tajuk yang sama. Insya'ALLAH...

gravatar

Pengukuhan Pengurusan


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim, saya mulakan dengan sepotong Hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya ALLAH swt suka apabila sesorang hamba itu beramal ia menekuni amalannya itu" (Hadis Riwayat Abu Yu'la Dan Al Askari)

Asal pentadbiran ialah menekuni amalan. apabila anda mengkaji kehidupan Rasulullah saw, anda akan dapati kehidupan baginda dipenuhi dengan rangkaian pengukuhan pentadbiran baik dari sudut ilmu pengetahuan, pendidikan, politik mahupun dari sudut ketenteraan. anda akan tidak dapati di dalam kehidupan Rasulullah saw suatu aktiviti yang tidak disertai dengan pengukuhan pentadbiran. begitu juga di dalam kehidupan para sahabat baginda saw.

mereka mengukuhkan pentadbiran di dalam setiap aktiviti yang ditaklifkan kepeda mereka. dan ini dapat difahami, pada asalnya pengukuhan pentadbiran dan pengurusan adalah diperlukan di dalam setiap aktiviti yang kita taklifkan kita melaksanakannya. pengukuhan pentadbiran memerlukan kepada sistem pengurusan di dalam kehidupan orang orang islam. pengabaian mana mana aspek pengurusan menyebabkan tidak wujud pengukuhan pentadbiran, apabila pengukuhan pentadbiran tidak wujud urusan dunia mahupun akhirat tidak akan berjalan dengan baik jika kehidupan manusia baik kehidupan peribadi, keluarga, sosial mahupun berdakwah, tidak dikukuhkan dengan pentadbiran yang sistematik, yang termasuk di dalamnya pengukuhan pengurusan, sudah tentu membantut segala sesuatu yang telah dirancang dan membengkalaikan banyak perkara.

Penulisan akan disambung dalam Label yang sama dan tajuk yang sama

gravatar

Attaajul jaami' lil ushuul fii ahaadiitsir Rasuul (1)

Abu Hurairah ra telah menceritakan hadis berikut, bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, iaitu; hartanya, keterunannya, kecantikannya, dan kerana Agamanya, maka pililah wanita yang beragama, nescaya engkau berbahagia"...(Riwayat Khamsah). Al hasab, kehormatan yang dimiliki oleh bapa dan kaum kerabatnya, seperti terkenal dengan kedermawaannya, atau keberaniannya atau gemar menolong dan berwibawa. Tetapi kata Al Hasab ini terkandung bermakna harta, beralaskan pada hadis yang mengatakan, "Al Hasab adalah harta, sifat dermawan dan bertakwa". Wanita yang biasanya disukai untuk dikawini ialah kerana faktor memiliki harta yang banyak, atau kerana kecantikannya, atau kerana keterunannya. tapi syara menganjurkan, "Pililah yang beragama (kuat dalam agamanya), jadikanlah ia isterimu, nescaya engkau akan bahagia"..

taribat yadaaka, nescaya engkau akan merugi jika tidak memilih wanita yang kuat agamannya, kerana wanita yang beragama itu dapat membawa kepada kebahagiaan. menurut riwayat yang diketengahkan oleh Imam Nasai dan Imam Muslim mengatakan: "Sesungguhnya duniawi ini seluruhnya merupakan kesenangan, dan kesenangan duuniawi yang paling baik ialah WANITA YANG SALEH"

perkara duniawi itu semuanya merupakan kesenangan yang pada akhirnya akan lenyap, tetapi sebaik baik kesenangan duniawi adalah wanita yang saleh, kuat agamanya dan pandai, wanita yang mempunyai ciri khas tersebut dapat membahagiakan lelaki.

Abu Hurairah ra telah menceritakan pula hadis berikut, bahawa Rasulullah bersabda: "Sebaik baik wanita yang menaiki unta (Wanita arab) ialah wanita wanita yang saleh dari kabilah Quraisy, kerana orangnya paling sayang kepada anaknya selagi masih kecil dan paling memelihara harta suaminya yang ada ditangannya...(Riwayat Syaikhain)

Ahnaahu, berasal dari kata Al Hunuwwu, ertinya kasih sayang. Ar'aahu, berasal dari kata Ri'aayah ertinya memilahara. wanita arab lebih baik dari wanita Ajam, dan sebaik baik wanita Arab yang saleh ialah dari kabilah Quraisy, mengingat mereka paling sayang terhadap Anak anaknya, dan sangat memilihara harta Suaminnya..."

sr; Attaajul jaami' lil ushuul fii ahaadiitsir Rasuul jil 2 hlm 851-852..